30.8.09

restive mood.

30.08.2009

midvalley. ramadhan 08

ramadhan dengan mereka sangat seronok. ada lagi 17 yang tiada dalam gambar. bersekolah si sekolah campur jantina tapi berada di kelas semua perempuan memang seronok.

sahur perit kalau dorm dekat dengan dining. sebab lelaki lelaki akan pasang tv yang ada lagu nasyid "jaga la hati jangan kau cemari~" sekuat kuat alam supaya perempuan perempuan yang malas bangun sahur xlena tidur. kalau x puasa suka nak amik epal lebih untuk makan siang hari. sekali amik sampai 5-6 biji.

bulan puasa siang hari boleh tutup semua tingkap dan makan dalam kelas. makan pula bukan calang calang, makan laksa dan mcd. minta abang kantin tolong belikan dengan alasan untuk berbuka nanti padahal baru pukul 3 (waktu prep). perempuan perempuan dari kelas campur pun akan berkampung bila x puasa. yang berpuasa terpaksa redha.

petang ke bazar. perempuan keluar pukul5, lelaki pukul6. tapi selalunya keluar pukul5 tapi balik sekali dengan lelaki. bukan sebab dating dengan lelaki ke ape ke tapi sebab pukul6 tu lelaki lelaki dari 2 sekolah berasrama penuh lelaki berdekatan pun turut keluar ke bazar yang sama. seronok. kalau xde duit, jalan kaki pun tabah sebab nak ke bazar memang kena lalu dua sekolah tu.

tapi malam sangat mencabar. sebab lelaki lelaki dari kelas semua lelaki akan baling mercun dalam kelas. walau dah tutup tingkap dorang bersemangat waja baling ikut jaring atau mana mana lubang yang bole masuk dalam kelas. sampai kena denda prep malam kat surau sekolah,tapi tetap diorang nak buat kacau. dengan pura pura dah balik hostel padahal dorang bersembunyi dalam gelap surau untuk sergah perempuan perempuan balik dari prep.

nostalgia tiba tiba. sebab tadi tengok majalah sekolah. rasanya tahun ni xberbuka sama. masing masing busy, termasuk diri sendiri.

So much of our time is preparation, so much is routine, and so much retrospect, that the path of each man's genius contracts itself to a very few hours.
--Ralph Waldo Emerson

going back to iiu at 2pm.


29.8.09

selamat berbuka puasa.

29.08.2009

tag from faarihin.

Peraturan yang perlu diikuti untuk tag ini adalah..

Bagi tahu 7 perkara tentang diri kita:

1. x makan ikan. tapi berhasrat untk belajar makan ikan.

2. suka makan fast food sebab tu peha dia macam drumstick.

3. x makan sos. tapi suka tabasco.

4. suka makan curry laksa tapi tatau apa beza curry laksa dgn curry biasa.

5. x minat makan satay, lemang, bahulu dan makanan tipikal yang lain.

6. suka makan tempeyek dan tahu buat tempeyek.

7. suka makan laksa dan tahu masak laksa.

suma pasal makanan. sebab masa ni tengah puasa.

Mahu Tag:

1. fyna. sebab fyna pandai masak.
2. siti soleha. sebab siti soleha pandai masak.
3. shima. sebab shima macam pandai masak.

handphone.

29.08.2009

tag from
shima.

1-Sudah berapa lama anda menggunakan handphone tersebut?
+ since nov 2008.

2-Apakah wallpaper yang terpampang di skrin handphone anda.Dan terangkan mengapa anda memilih wallpaper tersebut?
+ wallpaper dari theme aje. aten yang buat kan.

3-Berapa jumlah "contacts" yang terdapat di dalam handphone anda?
+ saya lemah math.

4-Sila masuk ke 'contacts' dan pergi pada huruf 'M'.Berapa kenalan yang namanya bermula dengan huruf M?
+ banyak. mostly no madam.

5-Berapa jenis handphone yang anda telah guna selain handphone yang terkini?
+ ke6? xingat lah.

6-Rangkaian telekomunikasi yang anda gunakan?Nyatakan mengapa?
+ celcom-family+faiz. maxis-kawan kawan.

7-Nada dering yang anda gunakan?
+ littlest thing-lily allen. volume 1.

8-Senarai top 5 yang anda selalu msg?
+ faiz. faiz. faiz. faiz. faiz. sampai faiz pun naik rimas.

9-Soalan terakhir.Nama orang yang tersayang (bf/gf) yang anda set dalam handphone?
+ fefot.

10-Orang yang nak di tag?
+ azlin ilman.
+ waneg.
+ fyna.
+ faarihin.

28.8.09

finally.

28.08.2009

home and brought along 2 baju raya. 1 which i bought with my sisters and 1 with faiz but both were sewed by faiz's mother. :))) for being home i have to ponteng my khat class tomorow. it is a verry very very short holiday with 3midterms waiting for me after the break. the midterms are;

1. tuesday. romantic and victorian literature
2. tuesday. error and constrastive analysis.
3. wednesday. english for academic purposes.

will be back to gombak on sunday since monday's ticket is sold out.

oh! im online from kaklong room since abah changed much of our furniture arrangement. it supposed to be at the hall which when i can watch tv while online. i left qq (laptop) to faiz so that he can formatted him (qq is a male). nothing much problem with him actually but faiz complained that qq is too slow. is faiz jealous with him? i dont know.


26.8.09

dugaan.

27.08.2009

ramadhan anda di sekolah/kolej/universiti akan jadi sangat mencabar bila dialog dialog seperti dibawah adalah dialog harian yang anda selalu dialog kan dibulan bukan ramadhan. (note: + kelas anda dari 8pagi sampai 4petang dengan hanya 30minit sahaja untuk solat zohor.)

1.
a: hm. banyak keje la. esok malam dah la ada kelas ganti.
b: eh? kelas ganti? bila masa plak?
a: ada la. kan lect cakap aritu.
b: owh. x dengar. masa tu saya tertidur.

2.
c:(isikan nama anda), awak ni asik ngantuk je kan?
b: obvious sangat ke muka saya ngantuk?

3.
e: (isikan nama anda), ni amik la sweets. saya kasi awak.
b: banyak nya sampai 3. btw, thanks.
e: xpela. saya tengok awak asik ngantuk je.

4.
g: awak da siap assignment?
b: assignment apa?
g: kan lect suruh buat review.
b: err. x dengar pun. bila submit?
g: arini. nak g print la ni. mesti awak tido kot last class masa dia gtau?
b: rasa nya.

5:
h: awak tidur kul bape malam tadi?
b: 1kot. kenapa?
h: mengantuk je muka.
b: muka saya memang muka mengantuk.

kalau bulan x puasa dah macam tu, bulan puasa anda mungkin akan:

1. overslept untuk kelas pada pukul8.
2. kalau dah bangun pun tapi sangat mengantuk dan ponteng kelas.
3. datang kelas yang pukul 11 onwards sahaja.
4. curi curi tidur dalam kelas time lect buat group discussion.
5. sanggup x cuci mata di bazar jual baju & tudung sementara tunggu kelas lain semata mata untuk tidur kat masjid.
6. balik kelas terus tidur dan bangun pada pukul 6+. masa tu cafe ramai gila orang dan nak pergi bazar pun dah x sempat. jadi berbuka kurma + susu sahaja.
7. kurang bercakap dengan kawan kawan sebab mengantuk sampai mereka fikir anda bad mood dan x berani kejut anda untuk berbuka.
8. kena buat jawab latihan dalam kelas sebab anda mintak balik awal dari ustaz dengan alasan nak tidur.
9. keluar pergi toilet masa kelas padahal anda pergi tidur dekat kawasan tangga tersembunyi atau tidur dekat foyer kulliyah(faculty) anda.
10. anda rasa nak marah orang je sebab anda mengantuk.

tapi jangan risau. terus kan hidup seperti biasa. ini semua dugaan bulan ramadhan. banyak kan bersabar. senyum selalu. rajin kan diri baca alquran, tadarus ke, zikir ke. dekat kan diri dengan Allah. lagi banyak anda bersabar lagi banyak pahala. terima je lah segala dugaan yang datang bertalu talu. kadang kadang bagus untuk ada banyak dugaan sebab bole corakkan diri kita yang busan + naif ini dengan pengalaman dan jugak ketabahan. + norma hidup manusia bila ada dugaan baru nak cari si Pencipta. Allah beri dugaan supaya anda cari Dia. sementara tengah ada peluang, jangan sia sia kan dugaan ni. x manis ramadhan kalau x de dugaan.

:)

dedicated to;
hasliza.
a very serious sleepyhead.


24.8.09

insaf.

24.08.2009

tadi lepas azan zohor dalam kelas dengar announcement dari masjid yang akan ada solat jenazah lepas solat zohor. announcement bertarung tarung dengan suara lect. dapat dengar sikit sikt aje. jenazah student kulliyah of engineering, 1st year 1st sem. memang bila pergi masjid lepas tu ada solat jenazah. tatau pape. dengar rumours je. cakap accident la ape la. then g kelas arab, tanya ustaz. ustaz selalu je tau gosip gosip terbaru. betul la, budak engine. meninggal dalam kolam renang male sport complex jam 3 pagi. lepas main futsal pergi mandi. insaf dengar. baru 3hari ramadhan dah pergi. dah ajal kan. tengok status kat facebook, syah post pasal ni. ajal x kan delay walau sesaat pun. dan ustaz cakap, dah memang ajal dia, lemas ke sakit ke suma penyebab je.

bila bila masa kita boleh pergi. malam ni, esok pagi, minggu depan. x kira masa x kira tempat, x kira sebab. ingat tu!

courtesy of syahril adzfar.
insaf insaf insaf.


23.8.09

yang terakhir.


(translate: universiti islam antarabangsa malaysia)

baru memulakan ramadhan harini. 28days before ramadhan berakhir. ramadhan terakhir di sini, ramadhan terakhir bersama kawan kawan. setelah 3kali disambut disini dan 2kali di matrik uia pj. rasa x bsedia untuk yang terakhir ni. sebab fikir akan ada lagi 1 ramadhan (sepatutnya). ini yang terakhir, tapi ramadhan yang pertama disambut dengan faiz. *hee*

pasti tak akan disia sia kan.

:)

tapi setakat ini;



ye, saya memang pathetic. deal with it.


ramadhan.



assalammualaikum.
to all involves with me; family, relatives, lover, friends, mates, stalkers and whoever you may be to me.

personally and casually,
truly sorry for things i have had done wrong
in past and present,
intentionally and unintentionally.
im nowhere near perfect.
let the hurts and anger grew no more
and with the light of ramadhan,
i seek your forgiveness.

ramadhan karem and happy fasting.

regards,
aZilsah.


21.8.09

hasliza, get a life!

mak: x balik ke puasa ni? uia x de cuti ke?
adi: selamat puasa kaknyah. kaknyah x balik ke? kak chik baru sampai rumah.
faiz: kesian dia sorang sorang. xpe merdeka nanti bole balik.
rumate 1:
has, kta lik dulu ye. selamat berpuasa.
rumate 2: awk betulke tanak ikut kta lik rumah? jom la. bole puasa kat rumah kta.
rumate 3: kta dah lambat ni, nak balik rumah cepat. bye, selamat puasa.
kawan kawan: has kenapa tanak join kitorang g jusco ni?. rugi tau.

jawab mak: next week la. next week ada cuti merdeka sekali. kaknyah dah beli tiket pun. uia xde cuti sem. sebab cuti raya guna cuti sem.
jawab adi: kaknyah balik minggu depan lah. selamat berpuasa jugak. jangan lupa gi terawikh.
jawab faiz: xkesian pun. haha. rasa esok macam hari biasa je.
jawab 1: ok. take care. selamat berpuasa jgk.
jawab 2: xpela awk. esok kta still ada class + nak spend weekend buat assignment.
jawab 3: pat pat. nanti lambat kang. selamat jugak.
jawab kawan: its ok. banyak keje la nak siapkan. x senang hati nak g kuar.



19.8.09

penat otak.

otak sangat penat. badan x cukup rehat. pagi tadi midterm discourse analysis. walaupun x perlu study sebab soalan praktikal siap boleh bukak buku tapi x sempat siap! bukan x sempat sebab lama sangat tengok buku tapi sebab lama sangat fikir apakah personal experience yang nak tulis for conversation. dan terpaksa redo sebab ayat skema gila padahal lect kata make it natural. heh. soalan kedua lagi lah, tatau merepek apa tah kena buat tulis emel dan sebab masa dah tamat siap kata lagi dalam emel tu "im in rush and i'll write to u again". owhhhh. sungguh rasa kecewa dengan diri sendiri. tulis emel tipu tipu pun amik masa ke nak fikir? heh.

malam ni ada midterm arab plak. tadi dalam kelas ustaz pulang kan esei arab siap tanya lagi " apa yang awak nak tulis ni? saya x paham la" dan di jawab " tatau. saya pun tatau apa yang saya tulis ni. saya dah lupa apa maksud dia" T_T mesti lah tatau sebab masa buat translate dari bm ke arab guna kamus. malu sedangkan orang lain ustaz kasi mumtaz or atleast puji puji betapa bagus nya ayat. takut. dah la markah kuiz pun 1 angka je. yang lain majoriti 2 angka. xpela. arab memang susah kaaaaaaaaaaaaaaaannnnnnnnnnnnnn. ni last arab, kalau lepas yang ni xpayah belajar dah. :))))))))

kesibukan sem ni semakin membuak buak terasa. nak balik rumah cuti merdeka. tapi sebelum tu mestilah kena siapkan assignments dan study sebab again, ada 2midterms in the same day after merdeka. tanak benda ni berlaku lagi, please.

rasa sangat down sekarang ni. ditambah dengan PMS. masa jawab midterm rasa nak submit je kertas xsiap, surrender la kiranya. dan perasaan berperasaan, "kenapa tak drop je arab, next sem pun sempat je, kenapa ngade ngade sangat seksa diri belajar susah, kenapa x redha je xlarat nak study, kenapa itu dan kenapa ini". tapi xbole lah. sebab saya positive orang nye,

if u cant fly, then run. if u cant run, then walk. if u cant walk, then crawl. by all mean keep moving hasliza.

saya bersyukur saya ni positive. ha ha ha.
ok. dah rasa bersemangat balik.
bye! last minutes study.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------after midterm.
tadi berjalan lemah longlai ke cac untuk midterm arab. seat no 573. xla tengah sangat xla belakang sangat. emm. kalau ditanya tentang midterm mestilah jawapan nya menghampa kan. :((( banyak lupa especially nahu (grammar), muradif (synonym) dan akas (antonym). hm hm hm. esei plak punya la hafal esei al islam din al addil wa almasawah (islam agama yang adil dan saksama) sebab ustaz fokus yang tu dalam kelas tapi skali keluar esei kaifa istif'ad maktabah aljamiah. yang ini tatau maksud, tapi rasa nya tentang faedah library uni. kalau salah jangan betulkan. biar aje. ok. yang ni tajuk x de belajar pun. tapi rasa tu macam tajuk masa arab 5 skang ni arab 6.

rasa sayu gila tadi balik exam. balik sorang sorang sebab kawan yang lain banyak dah balik dulu dan belum keluar. jalan sorang sorang feeling gila layan perasaan. serius rasa kecewa. dengan kecewa discourse lagi. dan bila fikir subject subject lain yang masih lagi tak paham sangat. rasa nak bayar rm900 kat uia untuk drop arabic, comm laws dan world literature. rm300 per subject. bole x abah? T_T

tapi x bole rasanya nak give up. sebab kat atas ni dah berapi rapi cakap diri seorang positive. kena lah buktikan. heh. atleast dari kecewa demi kecewa harus lah sedar diri dan tingkat kan usaha. ok hasliza.

dah dah. g tidur. esok bangun pagi dengan senyuman.
:)



17.8.09

friendship 101: lesson 1.

friendship 101.
lesson 1: how to lose a friend. [guaranteed]

1. if u're from islamic uni, u can ask her why she always wearing baju kurung to class as if it is out of fashion. make sure u get a fine for wearing jeans to class after that.

2. if u're having a bad mood because u merajuk with ur boyfriend, please blame ur friend for kutuk u and ur boyfriend (or jealous with u and ur boyfriend) when ur boyfriend asking why u are not in a good mood with him and it is more dramatic if the night before ur friend brings u to celebrate a festival because u never been to. u can create more controversional story if u like. it will be more interesting if u borrow her handphone when ur boyfriend wants to marah her for kutuk kutuk u and ur boyfriend so that u can reply the texts as if ur friend are really kutuk u and ur boyfriend.

3. calling her a kampung girl though u're the one from kampung and can speak ur regional dialect very very very well.

4. kutuk her perfume is cheap but later u spray her perfume 360 degree whenever u have a date.

5. u can buy a very same shirt with her and earlier u have to say to her that she dressed like a kampung girl.

6. laughing and commenting loudly how dumb she is by curi curi looking at her assignmet while she is sleeping. make sure she was not really sleeping and she just put the blanket on her face to cover it from the light. (important for u to make she hears it). please make sure u fail the course and she pass it!

7. avoiding her at shopping mall because she is not stylish like u're eventhough she booked a movie ticket for you because dont know how to book online.

8. did not mind to borrow her unwashed shirt the moment she took off the shirt. hurry! while the armpit's smell is still fresh.

9. sepak and terajang her when she give an advice to u about ur social life.

10. calling her with any buddy-nickname as such bodoh, bab* and etc.

good luck. but if u fail, u can wait for another lesson on this.

cautions from the desk: [it's just for fun. no hard feeling will be entertained but if u do think this is about u, it just because u are.]



quality time.


though we have another 1 sem left, spending time together is very precious. we planned to create more and more memories together.
after all, aten and me will left the uni early while mun and hamim has another 2 sem left.

my memory with u makes me appriacted them more.
u know who u re.

15.8.09

comel.

comel gila pixels yang dipromote di blog nimico. tapi x kan lah nak beli untuk diri sendiri. beli untuk hamim, rumate tersayang sebagai hadiah harijadi yang ke 22. hamim suka pink.
& untuk faiz jugak. saje saje sampai faiz pelik kenapa sentimental. tapi tah camne boleh termintak pink jugak. hahaha.
comel kan? sape nak jugak bole lah tengok blog orang yang buat ni. nimico. dan kalau nak berkenalan dengan orang nya pun bole, ainee nama dia. comel jugak lah. sebab tu dia bole buat benda benda comel camni. haha.

13.8.09

short break.

after very very hectic days, finally today i have some space to breath. earlier, while studying for error quiz, amim and me planning to have a short break after the quiz. we were thinking about going to see plays tonight. this week is a teater week and it will be showing two plays in one night. in class i told ieka & aten about it and both of them wanted to join us tonight. both of them too needed a short break and some entertainment.

though i enjoyed plays i dont have much time for it and usually didnot bother about what was happening around campus whether it was teater week, arabic week, and etc. this final year, i decided myself to be alert on anything held in the campus so that i will not miss any interesting occasion. i want to spend my remaining time in uni wisely and enjoy things that i wont be seeing after graduating soon. somehow i regretted my previous years where i spent most of the time devoting myself to book and assignment. such a waste.

ok for now. bysie bye!




11.8.09

seronoknya.

azilsah: wassup!
iylia haidar: wassup bebeh
azilsah: haha!
azilsah: iylia wtpe?
azilsah: kta bz gle ni
azilsah: tp bole lak g on9
azilsah: heh
iylia haidar: kite ngah buat slide show
iylia haidar: esk ada presentation
iylia haidar: hahah
iylia haidar: tapi smpat gak online
iylia haidar: hehehe
iylia haidar: tu la..lama gile tak dgr cite kamu
iylia haidar: rinduuuuuuuuuuuu
azilsah: haha
azilsah: sama la
azilsah: kta sok ada present gak
azilsah: outline ape xsiap lg
azilsah: quiz pn ada gak
azilsah: bru siapkan asgmnt
azilsah: hahahahhahaha
azilsah: lawak betul!
azilsah: aah rindu~
iylia haidar: hahahha
iylia haidar: banyak kan keje kita
iylia haidar: rasa cam nk tdooooooooo je
iylia haidar: malas nk buat ape pon
azilsah: kta dah tido tadi siang
azilsah: feeling btl tdo time bz bz ni
azilsah: rasa thrilled la mcm ni~
azilsah: hahahah.
azilsah: suka plak keje byk
azilsah: gila tension lah
azilsah: haha
azilsah: sorry la syg, i mcm xbtul mlm ni.
iylia haidar: hahahah takpe i paham sayang
iylia haidar: hahahha
iylia haidar: ada kalanya kita akan jadi betul2 tak betul
iylia haidar:
iylia haidar: takpe kite paham
iylia haidar: kite pon macam tu gak
iylia haidar: bebehhhhhhhhhhhh
azilsah: haha. jom la beseronok sebentar.
azilsah: sblm kembali ke jalan sebenar
iylia haidar: jom jom
iylia haidar: mari kita gila sikit
iylia haidar: hahahaha
iylia haidar: kite sampai tersilap la type
iylia haidar: anta kat org lain
iylia haidar:
azilsah: hahahah. xpe. janji puas hati!
azilsah: puas rasa dapat ketawa ketawa ni.
iylia haidar:
iylia haidar: apa kata kamu ketawa guling2 gak
iylia haidar:
iylia haidar: mcm ni ----------------
azilsah: xnole
azilsah: *xbole
azilsah: bilik semak gila
azilsah: katil penuh nota kau
azilsah: hahahahhahaha
azilsah: gila byk keje!


10.8.09

PMT.


i woke up this morning feeling like scolding people. i grudgingly went to class and planned to skip unimportant classes (luckily i didnot). i became oversensitive to whatever friends said and silently cursed them back (sorry). up to tonight, i make less contact with roomates thinking how much i annoyed with people today and i intentionally picked up a fight with faiz.

thinking that it was all because "tekanan pelajaran", i almost cried. it is too much for me, too much. the assignments, quizzes, readings and coming midterms. my head was too suffocated with it. it was just monday but im thinking too far of self pampered over the weekend. i sighed on how i am going to face to whole schooldays. it will going to a very very rough week, i thought.

later tonight i came across the term PMT, an abbreviation of Pre-Menstrual Tension while doing Discourse Analysis assignment. i smiled. it just a PMT. i forgot about that! im feeling better now, having known it just a PMT. not a "tekanan pelajaran". everything will be ok. it is not too much for me. insyaAllah.



8.8.09

sesak.

saje nk MENYESAK KAN diri dengan to-do-list.

1. oral presentation-EAP.
2. term paper-comm laws.
3. quiz-error.
4. short stories-baca.
5. the guide- baca.
6. quiz-romantic.
7.quiz-arabic.
8. assignment-discourse.

eh? macam x banyak plak. ok, esok bole kuar dengan kaklong & adik dengan tenang. tadi pun membuang masa di tepi tasik dengan sangat lah tenang.


betul kan x banyak kerja?
bukan xsedar diri kan?
kan? kan? kan?




keris patah.


khat punya 1st project sem ini kena buat seramik tembikar dan tulis lah khat di atas nya. ustaz cakap boleh tulis nama sendiri atau nama buah hati atau nama orang yang kita minat. LOL. bentuk nya bebas tapi tipikal serambik tembikar mesti lah pasu. berlagak tanak buat pasu. nak buat lain. sebenarnya xreti buat pasu.

bahan bahan.
tanah liat dari sayong kuala kangsar, segenggam rm4.
batang resam untuk menulis.
tisu nanti kotor.
air amik dari water cooler.
papan pinjam dari ustaz.


buat bentuk keris.

1: keris sangat besar.
2: keris patah.
3: bawak ke kelas tadi ustaz kata keris cacat. patut keris ada 9lekuk. tengok dulu gambar keris before buat. ustaz potong kasi bentuk keris dan suruh betulkan. tapi bila bawak balik bilik dia patah lagi.
4: malas. cantum kan aje dulu. nanti buat balik.

owh? keris macam ini ke.



3.8.09

JANGAN!

jangan makan seafood. dari apa segala jenis seafood ye hasliza.
sikit atau banyak.
nanti sakit perut.
:(




talking to u.

hello!
i write rubbish and offer empty talk. if u dont mind, come! moves your mouse around and have some sense with me.

it's me. not u.

My Photo
aZilsah
i am nobody. who are you?
View my complete profile

social circle.

aZilsah

community.

rewind.