20.12.11

Sindrom Usus Rengsa


  • Sindrom Usus Rengsa atau Irritable Bowel Syndrome (IBS) bukanlah satu penyakit yang kritikal atau serius. Sungguhpun begitu, ia mengganggu aktiviti harian.


  • IBS adalah gangguan fungsi usus dan bukannya struktur usus seperti sekatan, sumbatan, ketumbuhan atau tumor.


  • Katanya, ciri-ciri sindrom tersebut dapat dirasai seperti sakit di bahagian abdomen yang kebiasaannya dilegakan oleh pengeluaran angin atau pembuangan air besar, najis bercampur mukus, cirit-birit yang biasanya berlaku pada waktu pagi dan sembelit.


  • Bagaimana pula dengan diet? Dr. Abdul Malik memberitahu, biasanya pesakit mendapat faedah dengan meningkatkan pengambilan serat yang dilakukan secara beransur-ansur.


  • Kebanyakan orang boleh meneruskan cara pemakanan mereka dengan normal. Kadangkala makanan yang mengandungi susu boleh menimbulkan gejala-gejala seperti kembung perut dan kesakitan abdomen bagi individu yang tidak toleran atau sesuai dengan laktosa.


  • Seseorang yang mengalami kembung perut harus mengelakkan pengambilan makanan berdaun, mengunyah gula-gula getah, kekacang atau makanan dan minuman yang boleh membentuk gas.

Full article: Kosmo Online

0 blurb (s):

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...