Ini kisah nye kepada permulaan masuk contest ni. Walaupun niat nak buang masa je, tapi masa tengah browse thru gambar gambar Musartworks Digital Photography, terus rasa berkobar kobar nak join! Kenapa? Kena baca sampai habis dulu :P
Syarat Syarat Penyertaan
- Haruslah klik ‘Like’ fanpage Musartworks Photography (facebook.com/musartworksphotography) terlebih dahulu…
- Cari poster seperti diatas, kongsikan bersama rakan anda di blog dan upload poster diatas ke wall Facebook anda dan tag minimum 10 rakan anda.
- And then, carilah mana-mana photo kesukaan anda di dalam blog ini or album Musartworks Photography atau facebook peribadi saya facebook.com/paitphotography dan buat satu entry khas di dalam blog anda dan ceritakan dengan penuh ‘perasaan’ mengapa anda suka photo tersebut. Entry tersebut mestilah bertajuk Musartworks Photography : 2012 Giveaway Contest. Jangan lupa ya, letakan link source photo tersebut.
- Kemudian, post link entry tersebut kat wall Musartwork Photography
Favourite Photo 1
Taken here!
Suka gambar ini sebab ia dapat tangkap personaliti pengantin. Pengantin lelaki mungkin seorang yang pemalu, pengantin perempuan seorang yang ceria dan out-going.
Gambar ini ingatkan saya tentang kami, tentang saya dan tunang saya, Faiz. Faiz selalu berada dalam keadaan yang baik, macho, sopan, wangi, cool, kemas, matang dan kacak manakala saya pula disebaliknye, yang comot, tak sopan, selekeh, busuk, tak senonoh, gila gila, tak matang itu la perwatakan saya.
Edited: Saya tanya Faiz, apa pendapat dia tentang gambar di atas, dan dia jawab "Lawa gambar ni. diorang ni macam kita kan. Laki tu kurus dan tinggi macam saya, perempuan tu pendek dan berisi macam awak"
So that is US according to him! grrrrr
Contoh:
You can see the differences here, saya dengan muka macam nak teran dan sedaya upaya cuba melompat tinggi sedangkan Faiz bergaya cool sahaja melompat tanpa perlu risau apa apa. Siap senyum lagi for camera.
Favourite Photo 2
Taken here
Sebelum jumpa gambar first tadi, macam suka gambar ni. Kalau banyak2 wedding photographer pun mesti akan stop lama tengok gambar veil terbang macam ini, feeling feeling ayu sangat. Nanti masa kahwin nak tangkap macam ini! Cuma saya tak jadi pilih gambar ini as the favorite one, sebab dia tutup imej kereta tu. In my humble opinion, fokus akan lebih kepada imej disebalik veil tu, sebab just nampak samar-samar so kita nak tahu apa ada disebalik veil tu. Padahal patutnya nak fokus kepada veil pengantin yang beralun tu kan.
Tapi my best compliment for Musartworks Digital Photography sebab gambar diorang banyak yang menarik dan secara personal nya saya memang suka pemilihan tone yang diorang gunakan, soft dan lembut aje. Sedap dan sejuk mata memandang. Nampak suasana dan majlis perkahwinan tu tenang aje. Sebab tu berkobar-kobar nak join.
Untuk hadiah-hadiah yang ditawar, boleh refer sini!





3 blurb (s):
gud luck dear :)
good luck dear!
thanks :)
Post a Comment